Thursday, April 30, 2009
Populariti muzik Urban Bhangra - GOLDKARTZ
Mampukah Manjit, seorang peguam dan adiknya, Sukhjit graduan jurusan undang-undang merealisasikan impian bergelar penyanyi Urban Bhangra Malaysia yang berjaya?
SEJAK berumur empat tahun, Manjit Singh Gill dan adiknya, Sukhjit telah dihantar ke sekolah muzik Yamaha untuk bermain piano.
Bapa mereka, Tan Sri Darshan Singh Gill selaku Presiden Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (GERAKSIKH) dan ibu, Puan Sri Suveender Kaur juga telah memupuk tabiat berzikir lagu-lagu keagamaan di Gurdwara atau tempat menunaikan ibadat masyarakat Sikh.
Manjit, 24, atau lebih mesra dengan panggilan M-ji, mahir bermain alat muzik harmonium manakala Sukhjit, 20, menyerlah dalam memukul tabla, dhol dan dholak. Mereka sering memukau para hadirin dengan persembahan duo yang hebat pada hari-hari kebesaran.
Sehinggakan kedua-dua adik-beradik ini diiktiraf sebagai juara pertandingan nyanyian Kirtan peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut sejak tahun 1993.
Pada Oktober tahun lalu, Goldkartz menerbitkan cakera padat Shahab Kirtan bagi memperingati sambutan ulang tahun kitab Guru Granth Sahib yang ke-300. Sebanyak 10,000 unit cakera padat diedarkan secara percuma di Malaysia, London dan Hong Kong.
Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang rata-ratanya peguam, minat yang sama juga bercambah dalam diri M-ji dan Sukhjit atau lebih mesra dengan panggilan Surj.
"Bapa, abang; Amarjit Singh Gill dan kakak; Ranjit Kaur Gill adalah peguam, jadi minat tersebut turut mengalir dalam darah kami," kata M-ji yang juga bekas graduan jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Impian jejaka dari Ipoh, Perak itu untuk bergelar peguam tercapai apabila beliau diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada awal bulan ini.
M-JI (kiri) dan Surj mengalunkan sebuah muzik Urban Bhangra yang rancak.
Lebih menggembirakan apabila lagu Tu Khendi She nyanyian beliau dan adiknya, Sukhjit Singh Gill, 20, dicalonkan dalam kategori Lagu India Tempatan Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009).
Penyenaraian ini membawa makna yang cukup besar kepada kedua-duanya dalam penerbitan album sulung mereka berjudul Loaded daripada Goldkartz.
Sukhjit, yang kini menuntut pada tahun pertama di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan perundangan, berasa bangga kerana ia adalah yang pertama seumpamanya. Tiada lagu Bollywood atau Hindi yang terpilih sebelum ini dalam kategori tersebut.
Dengan status AIM yang setaraf dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat (AS), mereka tidak khuatir bahawa peluang keemasan ini membuka laluan menaikkan nama Goldkartz di bawah label EMI dan Warner Music. Penerbit eksekutifnya ialah Goldkartz Productions dan Freddie Fernandez.
Kedua-dua adik-beradik ini tidak mampu menahan kegirangan apabila genre muzik yang diusahakan sejak tiga tahun lalu, diterima baik oleh masyarakat pelbagai kaum.
Goldkartz Loaded yang dilancarkan pada 19 Januari 2008, menghimpunkan trek lagu-lagu Urban Bhangra yang meliputi house music, hip hop, R&B, drum & bass, reggae, techno dan urban. Sebelum ini, genre muzik seumpamanya tidak pernah dikeluarkan walaupun dipopularkan di India dan UK.
Persoalannya, sejauh manakah komitmen M-ji dan Surj dalam mengangkatkan muzik Urban Bhangra dengan kesibukan kerjaya dan pelajaran masing-masing? Mampukah bidang perundangan dan muzik memperoleh keserasian?
"Sejak kecil kami meminati muzik termasuk Urban Bhangra yang rata-ratanya dipengaruhi oleh saudara kandung, Datuk Amarjit Singh Gill dan Ranjit Kaur Gill sejak mereka di alam remaja. Ia tidak datang bergolek dalam masa yang singkat," ujar M-ji dan Surj serentak.
Malah, sejarah juga telah membuktikan bahawa arwah Sudirman Arshad berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang peguam dan penyanyi yang mempunyai rekod kejayaan luar biasa.
Penghijrahan M-ji ke Kuala Lumpur bagi melanjutkan pelajarannya di UIAM tidak mengganggu hobinya. Sambil mencari masa senggang, kedua-dua adik-beradik ini giat 'berkawan' dan berlatih dengan 'orang lama' mengenai selok-belok industri muzik.
Pada hujung minggu, Surj lazimnya akan berulang-alik dari Ipoh ke KL. Akibat kepenatan, kadangkala Surj terlepas untuk menghadiri sesi persekolahan pada hari Isnin.
Kenapa memiilih nama kumpulan Goldkartz? "Emas adalah komoditi yang dihargai ramai dan potongan karat yang kemas mengertikan kualiti berlian yang tinggi nilainya."
Lagu pertama yang dihasilkan bertajuk Veer Da Viyah dianggap sebagai satu permulaan yang agak baik. "Meskipun tidak diterbitkan…," lawak M-ji. "Ia adalah hadiah istimewa daripada kami kepada Amarjit di ambang perkahwinannya," katanya yang menjelaskan kemahiran menggabung, kejuruteraan rentak muzik dan penggunaan instrumen yang lebih canggih, menggilap persembahan muzik Urban Bhangra.
Sehubungan itu, mereka mengimport pemain berpengalaman alat muzik Tumbi dan Algozey dari India. Selain itu, mereka juga memastikan hanya alunan muzik tradisional yang sebenar direkodkan dalam rakaman melalui spesifikasi teknologi yang tinggi. Dengan penguasaan raag atau mod melodi muzik klasik India, M-ji dan Surj menjalankan segala tugasan rakaman, penyusunan, penulisan lirik, penggabungan dan pembikinan album di Malaysia.
"Kalau dihasilkan di India, ia lebih murah tetapi kami mahu menunjukkan kebolehan artis Malaysia. Biarpun 65 peratus daripada album ini menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Punjabi tetapi hampir kesemua trek lagu mempunyai lirik bahasa Inggeris dan dua trek khas disampaikan dalam bahawa Melayu dan Tamil," ujarnya yang memaparkan konteks penyatuan Malaysia yang unik.
Sambil mengaku industri Urban Bhangra di United Kingdom (UK) cukup gah dan tiada tolok bandingannya, hampir dua kali seminggu artis-artis Bhangra di negara itu akan mengadakan persembahan.
Begitupun, Urban Bhangra daripada Goldkartz berbeza terutamanya dari segi slanga. Sehubungan itu, duo ini kini meninjau pasaran di AS dan mula berbincang dengan pihak tertentu sebelum ke India serta lain-lain negara.
"Berita gembiranya ialah kami sudah pun membuat rakaman video muzik bagi tiga buah lagu dan ia akan menemui anda tidak lama lagi," kata M-ji.
Goldkartz turut menyimpan hasrat untuk membuat persembahan di UK bersama artis negara itu. Antara idola mereka ialah Kuldeep Manak, Nusrat Fateh Ali Khan, Jazzy B dan Malkit Singh.
Di arena tempatan pula, Goldkartz tidak kurang hebat. Daripada sambutan Tahun Baru 2009, Rumah Terbuka Krismas 2008, Rumah Terbuka Deepavali 2008, Sambutan Merdeka hinggalah kepada Karnival Zee, Singapura, M-ji dan Surj berkongsi pentas persembahan dengan orang kenamaan termasuk Yang Dipertuan Agong dan artis-artis tersohor seperti Shah Rukh Khan.
"Sebagai seorang bapa, saya tetap memberi sokongan kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang berpelajaran."
"Dari semasa ke semasa, saya akan menyaksikan persembahan mereka dan memberi pandangan walaupun tidak arif dalam bidang ini.
"Yang penting, jika muzik adalah keghairahan mereka, saya merestui mereka supaya mencuba dan memperbaiki segala kekurangan. Sentiasa tekun melakukan sesuatu," kata Darshan, 61, yang percaya Urban Bhangra pasti diterima oleh generasi seusianya.
Secara praktikal, dalam sebuah komuniti yang moden dan pesat membangun seperti Malaysia, masyarakat Sikh telah berjaya memartabatkan diri dan status ekonomi. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada penerimaan unsur muzik yang moden atau fusion.
Kepada M-ji dan Surj pula, mereka yakin walaupun komuniti Sikh adalah kecil, ia tidak menggugat tahap sasaran pendengar. Ini kerana genre muzik Urban Bhangra turut diminati oleh masyarakat India dan Melayu.
KOSMO, 29/4/2009 By SUBASHINI RAJANDRA
Thursday, April 16, 2009
Sikh Community Contribution is significant, says Najib
KUALA LUMPUR, April 14 (Bernama) -- The Malaysian Sikh community's contribution to the history and development of the country is very important and significant, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib said that although the Sikh community was relatively small, in the region of 100,000 people, they had served the country well.
He said they had served as members of the security forces such as in the police and armed forces, in professional fields as doctors and lawyers, and also entrepreneurs and ordinary citizens.
"So I wish to thank the Sikh community for all that they have done (for the country). You have indeed contributed much to the development of Malaysia and I hope you will be with us in future as we develop Malaysia," he said at the Sikh community's Vaisakhi (New Year) celebrations at the Guru Nanak Darbar Tatt Khalsa Diwan Selangor at Jalan Raja Alang here today.
Thanking the Sikh community for the warm welcome, he said he was happy to be able to share the joyous occasion with them. "I have decided to visit you today because I want to show and indicate very clearly that this government stands for all communities...all races and all religions. I want to underscore that I am the leader and I am the Prime Minister for all communities. My presence here is also to recognise the contribution of the Sikh community in the development of Malaysia," he said to applause from the 2,000-odd crowd.
Najib said he introduced the "One Malaysia" concept as he believed that if all Malaysians stood and worked together and be one family and one team, "we can indeed make Malaysia a stronger and more prosperous nation, based on the principles of trust and mutual respect among all communities in Malaysia".
"That is the essence of what One Malaysia is all about," he said.
Najib said Malaysians must break down the barriers between them and must not look at each other on the prism of skin or colour.
"We must help one another. Whether a person comes from whatever community...if the person deserves help, then that person should and must be helped by all of us.
"If we have this attitude, Malaysia will be a much stronger and united nation as we move forward, facing the challenges of the 21st century," he said.
Najib said he only informed the hosts yesterday evening about his visit because he did not want all the pomp.
"Because I don't want all the pomp...I don't want bunga manggar. I just want to be one of you in a natural way to see you taking part in your daily activities, so that I can better understand your aspirations and the hopes of the Sikh community and of course all the other communities in Malaysia.
"That is the approach I have intended for this government and for this Cabinet and I hope you will be together with us in the journey of making Malaysia a more prosperous and successful nation," he said.
Najib said he enjoyed the breakfast of Sikh traditional food such as prata, pakoda and barfi (sweets) which he had with Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and the Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin and the local community.
Meanwhile, the acting president of the Tatt Khalsa, Rejinder Singh, said the Sikh community was honoured to have the prime minister at their Vaisakhi celebrations.
He said Najib told them to see him or Dr Koh directly if the community have any problems or matters which needed the attention of the government.
"We appreciate this because although we are only a small minority the prime minister has shown concern for us," he said.
Najib is the third prime minister to visit the Tatt Khalsa, after Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj and Tun Hussein Onn.
-- BERNAMA Website (14/4/2009)
Wednesday, April 15, 2009
Up close with GOLDKARTZ - Ambassador of Malaysian Urban Bhangra
The Staronline.tv interviewed GOLDKARTZ's M-Ji and Surj on 12 April, 2009 who spoke about their Album Loaded - How it all started, their plans, Malaysian Book of Record and their recent Nomination for AIM 2009 Awards
Tuesday, April 14, 2009
'Raunak Vaisakhi Di' TV Programme by GERAKSIKH and Astro
GERAKSIKH AND ASTRO WILL BRING TO YOU VAISAKHI MUSICAL PROGRAMME 'RAUNAK VAISAKHI DI' ON ASTRO VAANAVIL CHANNEL 201 AS FOLLOWS:
DATE: 14/4/2009 (TUESDAY)
TIME: 1930 HRS (7.30 PM)
PLEASE PASS THIS INFORMATION TO FAMILY AND FRIENDS TO SEE THIS PROGRAMME BROUGHT TO YOU BY GERAKSIKH AND ASTRO.
HAPPY VIEWING AND A VERY HAPPY VAISAKHI 2009
DATE: 14/4/2009 (TUESDAY)
TIME: 1930 HRS (7.30 PM)
PLEASE PASS THIS INFORMATION TO FAMILY AND FRIENDS TO SEE THIS PROGRAMME BROUGHT TO YOU BY GERAKSIKH AND ASTRO.
HAPPY VIEWING AND A VERY HAPPY VAISAKHI 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)