Friday, November 27, 2009
GERAKSIKH Executive Council paid a courtesy call to SPB YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin on 25th November, 2009 at 3.00pm at Istana Negara, KL
Pic shows: Delegation from GERAKSIKH in the Audience Room with SPB YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
From L-R: Manjit Singh, Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh (President), Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Dato' Amarjit Singh Gill (Secretary General), Jit Singh (Treasurer)
GERAKSIKH serah buku Sikh Community in Malaysia kepada SPB YDP Agong
KUALA LUMPUR, 25 Nov, 2009 (Bernama) -- Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh) pada Rabu menyerahkan 'coffee table book' bertajuk 'Sikh Community in Malaysia' kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Buku setebal 266 muka surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu disampaikan kepada Seri Paduka Baginda oleh Presiden Geraksikh Tan Sri Darshan Singh Gill di Istana Negara, di sini, pada Rabu.
Kandungan buku tersebut termasuk paparan mengenai latar belakang dan sejarah awal kedatangan kaum Sikh ke negara ini termasuk gaya hidup, kebudayaan, tradisi, perayaan dan pendidikan mereka.
Buku berharga RM89.90 itu telah dlancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 28 Jun lepas dan kini boleh didapati di semua cawangan kedai buku MPH di seluruh negara.
Sebagai tanda hati daripada Geraksikh, buku itu juga akan diedarkan kepada semua kedutaan asing di negara ini dan kedutaan Malaysia di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)