Wednesday, January 19, 2011

Tan Sri Darshan: Segerakan Siasatan


KUALA LUMPUR 18 Jan - Kerajaan diminta menyegerakan siasatan terhadap kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berketutunan Sikh di Pulau Pinang yang mendakwa rambutnya dipotong kelmarin.

Presiden, Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (GERAKSIKH), Tan Sri G. Darshan Singh berkata, perkara itu perlu bagi menjaga keharmonian kaum serta mengekalkan keyakinan masyarakat berkenan terhadap PLKN

Menurutnya yang juga seorang Peguam, bagi Masyarakat Sikh perbuatan menyimpan rambut merupakan salah satu daripada lima perkara yang wajib dilakukan seperti larngan memakan daging babi bagi umat Islam.

"PLKN tidak seharunya dijejaskan dengan insiden seumpama ini kerana program itu amat baik bagi golongan belia mempelajari nilai nilai moral dan membina kekutan fizikal dan mental.

:Justeru saya meminta lebih 100,000 masyarakat Sikh di negara ini bertenang dan menyerahkan siasatan kes berkenan kepada pihak berkuasa tanpa menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini," katanya

Utusan, 19/1/2011

No comments: