Sunday, January 10, 2010

Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh Kagum Dengan Kaum Sikh di Malaysia

Oleh P.Vijian

NEW DELHI, 9 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh kagum dengan kejayaan yang dicapai dalam bidang sosial dan ekonomi oleh masyarakat keturunan Sikh yang berjumlah kira-kira 100,000 orang di Malaysia.

Presiden Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (GERAKSIKH) Tan Sri Darshan Singh Gill berkata Perdana Menteri itu memuji pencapaian dan sumbangan masyarakat itu di Malaysia.

Darshan bersama Setiausaha Agong, GERAKSIKH, Datuk Amarjit Singh Gill, menyampaikan sebuah buku bertajuk 'Sikh Community in Malaysia' kepada Manmohan di kediamannya di New Delhi.

"Perdana Menteri itu berkata Malaysia dan India berkongsi banyak persamaan, sebuah masyarakat pelbagai budaya," kata Darshan kepada Bernama ketika menghadiri Persidangan Pravasi Bharatiya Divas Kelapan di sini.

Buku bergambar setebal 266 muka surat tulisan Darshan mengisahkan sejarah kemasukan kaum itu sebagai anggota pasukan keselamatan semasa pemerintahan British, kepercayaan agama, budaya dan sumbangan mereka kepada Malaysia.

-- BERNAMA

No comments: